Search

・・・
Assalamualaikum semua.
.
Hari i...

  • Share this:

・・・
Assalamualaikum semua.
.
Hari ini adalah hari pertama saya dapat kembali berkayuh di Velodrome setelah dua minggu berehat bagi menumpukan kepada rehat dan proses rehabs untuk kecederaan di bahu saya. Walaubagaimanapun, latihan harini adalah bersifat low intensity sahaja, keadaan saya masih belum bersedia untuk latihan high intensity seperti yang biasa di lakukan.
.
Kejohanan dunia di Berlin tinggal lebih kurang tujuh minggu sahaja lagi. Sudah tentu saya sedikit gusar dengan keadaan bahu yang belum pulih dan tidak dapat meneruskan latihan seperti biasa, tapi adalah lebih baik bagi saya menumpukan perhatian kepada proses pemulihan dahulu dan meneruskan latihan dengan kadar yang berketetapan.
.
Syukur Alhamdulillah , keadaan minggu ini adalah lebih baik daripada minggu sebelumnya dan diharap keadaan akan sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa. Saya percaya, sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Allah itu Maha Berkuasa ke atas setiap makhluknya dan beliau Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
.
Teringat pula ketika membuat persiapan ke Kejohanan Asia di Korea pada October lepas. Saya di uji dengan kemalangan ketika latihan di mana jari telunjuk saya hampir putus ketika berbaki hanya tiga minggu sebelum terbang ke Korea. Apa yang saya mampu buat hanyalah menyerahkan segalanya kepada Allah swt dan menumpukan kepada proses-proses yang perlu saya lakukan untuk pemulihan dan latihan. Alhamdulillah, hadiah kecekalan dan kedegilan itu adalah sebutir pingat Emas dan Perak.
.
Dia telah menciptakan dan mengatur alam semesta dan semua makhluk yang berada di dalamnya, tentu saja Dia pula yang memiliki kehendak dan kekuasaan yang mengatasi kehendak dan kekuasaan makhluknya. Hanya kepada Dia kita berserah.
.
Next posting saya akan ceritakan sesuatu yang berlaku ketika latihan di Velodrome tadi. Stay tuned guys!
.
#teamazizul #azizulawang
#teamcimb #cimb #forward
#airasia #daretodream #allatars
#daikin #daikinmy #daikinmalaysia
#tumi #tumiglobalcitizens
#nike #nikemy
#oakley #oakleymy
#ogk #ogkkabuto
#wattbike @ Melbourne, Victoria, Australia


Tags:

About author
not provided
CIMB Pro Cycling Team World Keirin Champion 2017 Bronze Medallist Rio Olympic Games 2016 Victoria U
View all posts